












ANGSA.. hahahh..Tengok tu tgah cari mangsa nak kejo la tu.. mmg dh xder keje lain la En Angsa ni...sapa tak kenal .. Makhluk yang rakus aku pernah jumpa..hahah..ni la pak guard baru kat sekolah aku dulu..boleh dikatakan setiap pagi, ade aje yang jadi mangsa dia..* nakal jugak ko erk..^^, nak jadikan cerita, aku sebenarnya trauma bila jumpa ngn ANGSA..huhu...Mana taknya ,waktu aku nk masuk pintu pagar belakang sekolah, aku dikejar oleh angsa, da la time tuu exam SPM..*diulangi SPM tuu..x silap aku pagi tu kiorng exam paper PQS..aku ingat lagi time tu aku dan member serumah datang lewat ke sekolah..hujan punya pasal..jd kitorang lewat masuk dewan..bila sampai aje di depan pintu pagar..ade angsa la plak..haii sejak bila dia amik alih tugas guard nii.. arhh tension nyo * dalam ati rasa x sabar nk sembelih je..wat gulai pun sedak jagk ni haha .. nk jadi kan citer..di antara kalngan kami, aku sorang je yg nmpak2 ala2 berani..*padahal dalam ati kecut gile hee .. apelagi..demi eXam, aku cuba sedaya upayauntuk tarik perhatian angsa, dgn harapan member2 aku yang lain dapat membolos pintu pagar sekolah..*bolos saje pagar itu~ kata zizan haha..bila member2 aku yang lain dah berjaya masuk, tinggal la aku sorang2 kt luar.. cmna nii waaa (T_T)..nak x nak aku bolos ajaa pintu tuu,dengan harapan en.angsa x sempat kejar aku..serase aku, da abis laju kot aku berlari, tp sempat pulak En Angsa ni gigit + sudu kain aku arghh..*nampak sangat la aku x de bakat untuk jadi pelari pecut haha.. pantas jugak ko erk..?? menyampah pulak ase ngn ko en angsa..aku dengki sama ko laa *ngn angsa pon nk jelous..ape punya orng la ko ni hee (^^,)V. dengan kadar denyutan jantung pantas tahap gaban, kami melangkah ayu ke dewan..hoho sempat lagi control cun dalam dewan exam tuu * semua orang terpegun + diam*dalam dewan exam semua orng senyap laa..ape daaa ..dengan harapan, aku dan member2 yang lain tenang menjawab exam..dan akhirnya, alhamdullilah walaupun di kejar angsa sebelum menjawab exam ,kami semua mendapat keputusan cemerlang..

amacam cun x gaya aku..??
nota siku~ aku rindu semua kenangan masa kat sekoah2 dulu huu rindu korang semua weyy..bila nk wat reniuon nii??
Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Mari Mencuba!!!!
LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa (jom tiru gaya kamenn sinchan)
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…(ala2 tarian hip hop gtu)
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..hohoho
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…yihaa superman
LANGKAH 11
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…miawww
amacam.. Ok x semua ^^, haha
<< Selamat Mencuba

“Rabbuna yassir wa la tu’assir”
[Allahumma najihna fi hazal imtihan wa fi dunia wal akhirah]
Doakan kecemerlangan saya dalam medan peperiksaan akhir untuk sem 6 yang akan bermula pada 25 April – 11 Mei ini. Mohon Allah s.w.t. memberikan apa yang terbaik buat diri ini dan juga keputusan yang terbaik buat ummat Islam jua. Amin. Jazakumullah khairan kathira.
* maka dengan ini ..ektibiti berblog berehat seketika huuu ( T_T )

Hawa,
Andai engkau masih bujang,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau seorang ibu,
didiklah anakmu shingga dia x gentar memperjuang ad-din Allah.
Namun Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah akan janji Allah – wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bukan mahram,
kerana dikhuatiri dari mata akan jatuh ke hati,
lalu lahir sekuntum senyuman,
tercetusnya salam perkenalan,
dan disusuli pula dengan pertemuan berikutnya…
takut akhirnya wujudlah nafsu kejahatan yang menguasai diri...
Ingatlah wahai hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa.
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya.
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Yakinilah wahai hawa,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaq dan peribadinya.
Lelaki yg beriman akan memilih wanita yg kuat pegangan agamanya
Lelaki yang soleh tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan mahramnya,
kerana dia takut ianya akan memberi kesempatan kepada syaitan
untuk menggodanya serta melemahkan imannya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu apa matlamat dlm sebuah pertemuan lelaki & wanita,
yakni sebuah perkahwinan…
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
Awasilah auratmu,
Peliharalah akhlaqmu,
Kuatkanlah pendirianmu!
Usah bersedih wahai Hawa,
Andai ditaqdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongan jiwamu.
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
dan cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang mendatangkan kebahagiaan buat dirimu.
Pesanku buat Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang,
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah...
Cintailah kedua ibu bapamu,
kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah…
Cintailah ahli keluargamu,
kerana kau takkan jumpa cinta bahagia selain dari cinta keluarga…
#####################################
Ya Allah, peliharalah diriku…
Juga seluruh kaum hawa yang bergelar Muslimah…
Janganlah sesekali tangan yang mampu menggoncangkan dunia ini
Disalahgunakan untuk menggoncang iman para lelaki...