TraVeloGi HaMbA
Tuesday, April 3, 2012
Hero Generasi ABS.. berakhirnya sebuah penantian ;)
Monday, April 2, 2012
Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?
Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti....
Friday, March 30, 2012
Earth hour 2012...
Esok, 31 march 2012 kul 8.30mlm akan bermula earth hour, waktu
Korang taw tak ,tujuan utama kempen ini bagi mendidik generasi muda sedari awal mengenai keindahan bumi kiter serta kepentingan untuk menjaga dan memulihara alam sekitar untuk tatapan generasi akan datang...haaa tetiba ayat skema datang adeihhh..Lgpun sambil kita selamatkan bumi.. kita leh gak rasa camna org yg hidup susah xde electric
Oklah.. so jgn lupa tau. esok sama2 kita tutup semua lampu & mari kita bergelap tanda sokongan pada kempen earth hour ni. ni 1 dunia join tau. korg xnk ke? (ayat peneuh mengharap)..;)
So apa lagi kengkawan, kite joint lah kempen ni untuk selamatkan alam sekitar....
Horaayyy...Saya sayang bumi..AWAK ??
Pesta Buku Kelantan 2012 kembali lagi !!!!
Thursday, March 29, 2012
APAKAH 10 ‘K’ YANG DIMAKSUDKAN?
(1) KECINTAAN. Ianya merupakan elemen yang paling penting dalam persahabatan. Sebuah persahabatan akan mudah rapuh tanpa adanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu kadang2 kita perlu meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dgn mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat2 yang sama jantina sahaja) agar dia tahu betapa kita mencintainya, kerana Allah (inshaAllah).
(2) KASIH SAYANG. Ini lebih kurang sama sahaja maksudnya dgn kecintaan. Setelah wujud rasa cinta terhadap sahabat kita, maka kita perlulah mencurahkan kasih sayang kita terhadap sahabat kita itu. Namun harus diingat, kasih sayang tidak semestinya perlu dipamerkan secara luaran. Adakalanya, hanya dengan mendoakan sahabat-sahabat kita, InshaAllah, sudah memadai untuk membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
(3) KEIKHLASAN. Bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat Illahi, sesebuah persahabatan itu haruslah beserta dengan rasa ikhlas. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Justeru itu bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
(4) KESETIAAN. Tidak dapat dinafikan, kesetiaan terhadap sahabat mampu mengukuhkan lagi persahabatan yang terjalin biarpun jarang bertemu. Setia terhadap sahabat bermaksud sentiasa ada bersama sahabat di waktu susah mahupun senang, memberikan nasihat serta sokongan di saat dia memerlukan kita. Sekiranya berjauhan, kita boleh tunjukkan kesetiaan kita terhadap sahabat dgn sentiasa menghubunginya bertanyakan khabar serta perkembangannya. Apabila kita setia terhadap sahabat-sahabat kita, maka kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka.
(5) KEBERANIAN. Apa yang dimaksudkan di sini ialah bersikap berani dalam berkata hal yang benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah bersikap berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, maka kita hendaklah berani mengaku kepadanya akan kesilapan yang telah kita dilakukan. Selain itu, kita juga harus bersikap berani dalam menasihati sahabat kita, kerana sebagai sahabat, kita pastinya mahukan yang terbaik untuk sahabat kita.
(6) KEJUJURAN. Ini amatlah penting dalam sesebuah persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita, terutamanya dalam hal-hal yang juga ada kaitannya dengan sahabat kita itu. Biarpun pahit, bersikaplah jujur sepenuhnya kerana “sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Pembohongan itu pastinya akan terbongkar jua akhirnya. Dan pastinya ia sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada persahabatan yang sedia terjalin. Ada kemungkinannya juga, sahabat kita itu menjadi kurang (mungkin juga langsung hilang) kepercayaannya kepada kita. Begitu juga kita tidak perlulah menyembunyikan apa-apa dari sahabat kita. Janganlah berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
(7) KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahannya terhadap kita, kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika sebaliknya kita yang melakukan kesalahan, maka janganlah kita malu dan teragak-agak untuk meminta maaf daripadanya, kerana orang yang terlebih dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
(8) KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersamanya. Pinjamkanlah telinga kita untuk mendengar setiap luahannya, dan tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tempat tadahan air matanya. Bersedihlah bersamanya, namun dalam masa yang sama berilah kekuatan kepadanya. Kerana insan yang dicarinya bukanlah orang lain, melainkan kita sahabatnya.
(9) KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
(10) KESERASIAN. Apa yang dimaksudkan dengan “keserasian” di sini bukanlah dari segi paras rupa mahupun harta benda. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun keserasian antara dua pihak dalam bersahabat dapat diwujudkan apabila adanya persefahaman antara mereka. Dengan adanya persefahaman, ianya akan membantu mengeratkan lagi hubungan kita dengan sahabat kita, sekaligus dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan disebabkan salah faham.
Tuesday, March 27, 2012
Pesanan bwt kaum hawa
Hawa,
Andai engkau masih bujang,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau seorang ibu,
didiklah anakmu shingga dia x gentar memperjuang ad-din Allah.
Namun Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah akan janji Allah – wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bukan mahram,
kerana dikhuatiri dari mata akan jatuh ke hati,
lalu lahir sekuntum senyuman,
tercetusnya salam perkenalan,
dan disusuli pula dengan pertemuan berikutnya…
takut akhirnya wujudlah nafsu kejahatan yang menguasai diri...
Ingatlah wahai hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa.
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya.
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Yakinilah wahai hawa,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaq dan peribadinya.
Lelaki yg beriman akan memilih wanita yg kuat pegangan agamanya.
Lelaki yang soleh tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan mahramnya,
kerana dia takut ianya akan memberi kesempatan kepada syaitan
untuk menggodanya serta melemahkan imannya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu apa matlamat dlm sebuah pertemuan lelaki & wanita,
yakni sebuah perkahwinan…
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
Awasilah auratmu,
Peliharalah akhlaqmu,
Kuatkanlah pendirianmu!
Usah bersedih wahai Hawa,
Andai ditaqdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongan jiwamu.
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
dan cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang mendatangkan kebahagiaan buat dirimu.
Pesanku buat Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang,
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah...
Cintailah kedua ibu bapamu,
kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah…
Cintailah ahli keluargamu,
kerana kau takkan jumpa cinta bahagia selain dari cinta keluarga…
#####################################
Ya Allah, peliharalah diriku…
Juga seluruh kaum hawa yang bergelar Muslimah…
Janganlah sesekali tangan yang mampu menggoncangkan dunia ini
Disalahgunakan untuk menggoncang iman para lelaki...
Monday, January 30, 2012
Bila Dah Malas !!!
Salam untuk semua ....Rindu sayer ke ? (haha ngada2 betuiii..)
Sori sengsangat kat semua yang jenguk blog sayer ni...da lama sayer diactivekan account, tetiba plak rasa gatal nk mengupdate blog balik hek3
Sbenarnya sayer dah xde mood + malas nak berblogging -- gara2 sibuk ngn asingment,,erkk waakaka jagn caye, sayer tipu je tuu hehe( Bila dah malas tu..mcm2 alasan laaa keluar.. kes nak lepaskan diri la ni ... ~ ngeee
Memang dah lama betol sayer x jenguk blog KESAYAM-ngan sayer ni
Kali ni sayer hapdate laa jugak
bagi lepas rindu sayer kat blog ni...
dan bagi lepas rindu korang kat sayer.. ~haha tetiba perasan lak
Thanks sengsangat kat kenkawan yang rajin biu blog ni...
Kalo sayer rajin..sayer hapdate lagi ekh...ekeke
Kat bawah ni sayer sediakan pantun khas utk tatapan korang ..
BILA DA MALAS
Budak kecik
Bila dah malas
Menangis kuat cakap pun dah tak jelas
Bila tak berenti telinga dipulas
Kira untung la tak ditepek dengan buku atlas
Budak sekolah
Bila dah malas
Depan makbapak hari-hari beg digalas
Pergi sekolah minum air segelas
Terus hilang kononnya pergi ke tandas
Kalau kantoi memang dirembat tanpa belas
Student U
Bila dah malas
Berlakon semangat nak pergi kelas
Tengok muka pun dah tau datang tak ikhlas
Macam salin nota padahal banyak surat cinta nak dibalas (Siyes sayer bkn cenggini taw..)
Orang bujang
Bila dah malas
Basuh baju dah tak dibilas
Masuk kerja pun pukul sebelas
Bila bos tanya asyik-asyik alasan perut memulas
Blogger
Bila dah malas
Tulis lebih kurang bahasa tak beralas
Tak ambil kisah bila diulas
Apa nak peduli komen orang katanya "no class"
Sekian...pecah kaca pecah gelas...
Ni entry dari sayer yang malas
Pasni jgn suruh sayer hapdate lekas-lekas
sayer mintak diri dulu lasssss...
sayer ngantuk mata nak tido dulussssssss...
hars hars hars harssssss....<--------( ni gelaks okeys )
gelaks sayers puns dahs kuars hurufs "S"
waskaskaskaskasssssssss
Eh..Lupa plak sayer...
sejak sayer tak aktif berblogging ni.. sayer tgk dah ramai kengkawan dlm list Ym sayer dah ada blog..
Tahniah laa..Ok mintak diri dulu ler.. Sebelom sayer start merapu meraban lagi...
selamat pagi semua ;)