Pages

Friday, March 30, 2012

Earth hour 2012...


Awak.., awak.. sayang bumi tak..??? jika anda salah seorang penduduk bumi..jum tunjukkan sokongan awak2 semua dengan menyokong kampen yang dianjurkan oleh WWF buat kali ke 3. Hanya 1jam sahaja diperlukan untuk melakukan kampen ni.Senang kan??

Esok, 31 march 2012 kul 8.30mlm akan bermula earth hour, waktu malaysia. kempen selamatkan bumi selama 60minit...Dulu tiap2 kali earth hour, saya and Da geng mesti excited. excited nk dok bergelap ngn member2 . hihihi..( tetiba teringat kenangan kt hostel (T_T) rindu saat2 dulu) ~ ayat taching la plakk huuu

Korang taw tak ,tujuan utama kempen ini bagi mendidik generasi muda sedari awal mengenai keindahan bumi kiter serta kepentingan untuk menjaga dan memulihara alam sekitar untuk tatapan generasi akan datang...haaa tetiba ayat skema datang adeihhh..Lgpun sambil kita selamatkan bumi.. kita leh gak rasa camna org yg hidup susah xde electric kan. insaf & bersyukurlah dgn rezeki yg Allah bg kat kita skrg ni. kalo kita rasa kita hidup susah.. percayalah ada lg insan yg lebih susah. :)

Oklah.. so jgn lupa tau. esok sama2 kita tutup semua lampu & mari kita bergelap tanda sokongan pada kempen earth hour ni. ni 1 dunia join tau. korg xnk ke? (ayat peneuh mengharap)..;)

So apa lagi kengkawan, kite joint lah kempen ni untuk selamatkan alam sekitar....

Horaayyy...Saya sayang bumi..AWAK ??


Jum layan gamba dulu..











Pesta Buku Kelantan 2012 kembali lagi !!!!

Jum ramai-ramai ke Pesta Buku Kelantan 2012..(-_^)Y

Assalamualaikum, salam dihulurkan kepada semua penduduk bumi..

Apa khabar korang dan selamat pagi semua..hari ni x der citer menarik pun, tp tgn gatai nk mengupdate sal citer semalam.. Korang nk taw x, semalam sayer n da geng pergi jejalan ke Pesta buku Kelantan 2012 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam, berdekatan dengan Perpustakaan Awam Kelantan, Bazaar Tok Guru dan juga Stadium Muhammad IV. Pesta buku ini akan bermula seawal 9.00 pagi dan akan berakhir pada 10.00 malam... tetiba ayat skema ~ ngeh2, ini terbukti bahasa melayu sayer masih lagi kelas A giteww hahaha

Ok2 kiter masuk isi plak..tadi baru kulit hehe korang taw tak,Sambil kite membeli sebenarnye kiter sedang menambah ilmu dan memberikan semangat kepada golongan penulis untuk lebih banyak menyelidiki ilmu dan menulis. Manfaatnya kiter sama-sama kongsi bersama. Semoga ilmu Allah Taala yang x terkira ini dapat kiter berusaha untuk memilikinye.. Disamping ilmu fardhu ain, fardhu kifayah lain seperti ilmu sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya juga penting dalam meningkatkan ilmu umat islam. Tidaklah kiter hanya menelan bulat-bulat sebarang informasi dari ilmuan barat yang berkemungkinan telah banyak diseleweng. Dengan ilmu yang ada kiter dapatlah menangkis sebarang ilmu yang bercanggah atau fakta yang cuba diseleweng.Jadi ambil peluang untuk membudayakan membaca dikalangan generasi mudakerana sedia maklum maklumat dihujung jari menjadikan generasi Y ini beralih kepada media elektronik...hahahaha macam x cayer ler plak sayer boleh wt ayat cenggini.. teringat pulak karangan SPM dulu2 huuumoh ler kiter layan gambo dari dok layan kemerapauan sayer nii...haha

Selamat membaca dan berpesta buku, Wassalam.

Ini Poster ~ haha saje nk bgtw ekeke

Dewan Jubli Perak MPKB-BRI

Antara pegunjung2 yang datang

sempat pulak Aisya Sofea senyum~ ngeee

teringin giler nk beli buku nii..tp sayang x bawa duit lebihh huuu (T_T)

Awas bila Hati Da Sayam --
sejauh mana kau berlari, akan aku mengejarimu~ aeuww menakutkan la har3


kelab gadis ayu?? mau join kaa..?? haha

teruja bila dapat jumpa penulis Aisyah n Roti canai haha

membaca jambatan ilmu (-_-)

Bersama novelis Damia Hanna n Siti nur Dhuha ;)

sebelum balik, jum Lepaking di kedai KAK NA ;)

Lain dicari, lain pulak yang dibeli hahaha










Thursday, March 29, 2012

APAKAH 10 ‘K’ YANG DIMAKSUDKAN?


Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua..

Hari ni x de mud nk membebel panjang2..cuma nk kongsi ngn korang semua ape sayer baru bace semalam..heee korang semua taw x ape yang di maksudkan dgn 10 K?? kalu korang semua nk taw..jum layan entri nihh dulu.. heee

K, sayer chaow chincau dulu..SALAM :)

(1) KECINTAAN. Ianya merupakan elemen yang paling penting dalam persahabatan. Sebuah persahabatan akan mudah rapuh tanpa adanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu kadang2 kita perlu meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dgn mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat2 yang sama jantina sahaja) agar dia tahu betapa kita mencintainya, kerana Allah (inshaAllah).


(2) KASIH SAYANG. Ini lebih kurang sama sahaja maksudnya dgn kecintaan. Setelah wujud rasa cinta terhadap sahabat kita, maka kita perlulah mencurahkan kasih sayang kita terhadap sahabat kita itu. Namun harus diingat, kasih sayang tidak semestinya perlu dipamerkan secara luaran. Adakalanya, hanya dengan mendoakan sahabat-sahabat kita, InshaAllah, sudah memadai untuk membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

(3) KEIKHLASAN. Bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat Illahi, sesebuah persahabatan itu haruslah beserta dengan rasa ikhlas. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Justeru itu bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

(4) KESETIAAN. Tidak dapat dinafikan, kesetiaan terhadap sahabat mampu mengukuhkan lagi persahabatan yang terjalin biarpun jarang bertemu. Setia terhadap sahabat bermaksud sentiasa ada bersama sahabat di waktu susah mahupun senang, memberikan nasihat serta sokongan di saat dia memerlukan kita. Sekiranya berjauhan, kita boleh tunjukkan kesetiaan kita terhadap sahabat dgn sentiasa menghubunginya bertanyakan khabar serta perkembangannya. Apabila kita setia terhadap sahabat-sahabat kita, maka kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka.

(5) KEBERANIAN. Apa yang dimaksudkan di sini ialah bersikap berani dalam berkata hal yang benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah bersikap berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, maka kita hendaklah berani mengaku kepadanya akan kesilapan yang telah kita dilakukan. Selain itu, kita juga harus bersikap berani dalam menasihati sahabat kita, kerana sebagai sahabat, kita pastinya mahukan yang terbaik untuk sahabat kita.

(6) KEJUJURAN. Ini amatlah penting dalam sesebuah persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita, terutamanya dalam hal-hal yang juga ada kaitannya dengan sahabat kita itu. Biarpun pahit, bersikaplah jujur sepenuhnya kerana “sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Pembohongan itu pastinya akan terbongkar jua akhirnya. Dan pastinya ia sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada persahabatan yang sedia terjalin. Ada kemungkinannya juga, sahabat kita itu menjadi kurang (mungkin juga langsung hilang) kepercayaannya kepada kita. Begitu juga kita tidak perlulah menyembunyikan apa-apa dari sahabat kita. Janganlah berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

(7) KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahannya terhadap kita, kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika sebaliknya kita yang melakukan kesalahan, maka janganlah kita malu dan teragak-agak untuk meminta maaf daripadanya, kerana orang yang terlebih dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

(8) KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersamanya. Pinjamkanlah telinga kita untuk mendengar setiap luahannya, dan tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tempat tadahan air matanya. Bersedihlah bersamanya, namun dalam masa yang sama berilah kekuatan kepadanya. Kerana insan yang dicarinya bukanlah orang lain, melainkan kita sahabatnya.

(9) KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

(10) KESERASIAN. Apa yang dimaksudkan dengan “keserasian” di sini bukanlah dari segi paras rupa mahupun harta benda. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun keserasian antara dua pihak dalam bersahabat dapat diwujudkan apabila adanya persefahaman antara mereka. Dengan adanya persefahaman, ianya akan membantu mengeratkan lagi hubungan kita dengan sahabat kita, sekaligus dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan disebabkan salah faham.

Tuesday, March 27, 2012

Pesanan bwt kaum hawa


Hawa,
Andai engkau masih bujang,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau seorang ibu,
didiklah anakmu shingga dia x gentar memperjuang ad-din Allah.

Namun Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah akan janji Allah – wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bukan mahram,
kerana dikhuatiri dari mata akan jatuh ke hati,
lalu lahir sekuntum senyuman,
tercetusnya salam perkenalan,
dan disusuli pula dengan pertemuan berikutnya…
takut akhirnya wujudlah nafsu kejahatan yang menguasai diri...

Ingatlah wahai hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa.
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya.
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.

Yakinilah wahai hawa,

Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaq dan peribadinya.
Lelaki yg beriman akan memilih wanita yg kuat pegangan agamanya.
Lelaki yang soleh tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan mahramnya,
kerana dia takut ianya akan memberi kesempatan kepada syaitan
untuk menggodanya serta melemahkan imannya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu apa matlamat dlm sebuah pertemuan lelaki & wanita,
yakni sebuah perkahwinan…

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu,
Awasilah auratmu,
Peliharalah akhlaqmu,
Kuatkanlah pendirianmu!

Usah bersedih wahai Hawa,

Andai ditaqdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongan jiwamu.
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
dan cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang mendatangkan kebahagiaan buat dirimu.


Pesanku buat Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang,
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah...
Cintailah kedua ibu bapamu,
kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah…
Cintailah ahli keluargamu,
kerana kau takkan jumpa cinta bahagia selain dari cinta keluarga…


#####################################


Ya Allah, peliharalah diriku…
Juga seluruh kaum hawa yang bergelar Muslimah…
Janganlah sesekali tangan yang mampu menggoncangkan dunia ini
Disalahgunakan untuk menggoncang iman para lelaki...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...