Pages

Tuesday, April 3, 2012

Hero Generasi ABS.. berakhirnya sebuah penantian ;)

Iman Naufal

Alhamdulillah.. Syukur sekali lagi ya Allah di atas nikmat kurniaanMu.. Petang tadi dikejutkan dengan sms daripada k.ngah mengatakan k.long selamat melahirkan baby boy selamat dilahirkan pada jam 1petang hari ini (3 April 2012) dan mempunyai berat 3kg, bayi ini dilahirkan secara normal di hospital Tanah Merah.

Alhamdulillah.. Penantian sebelum ni akhirnya dah berakhir ya Allah..tahniah along atas kelahiran bayi lelaki… Berakhirnya sebuah penantian kami untuk melihat bakal imam dalam Generasi ABS “Semoga keberkahan terlimpahkan kepadamu atas kelahiran ini. Bertambah syukurnya kepada Allah Yang Maha Pemberi kurnia. Harapan achik semoga iman dapat membesar dengan baik dan menjadi anak yang berguna untuk masa hadapan.semoga kelahiran imam comel ini menjadi anak yang beriman, soleh , penyejuk mata ibu dan abah, dan sentiasa berbakti apabila dewasa kelak ..Insya-Allah

Monday, April 2, 2012

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...