Entah kenapa hari ini saya terasa hati dengan kata-kata dua orang rakan saya gara-gara saya terlupa membelikan pesanan mereka di cafe. saya kira, kata-kata seperti itu tak sepatutnya diucapkan oleh mereka, memandangkan mereka hanya berpesan tanpa mengirimkan wang (wang tu lain cerita la, bukannya saya berkira) dan mereka juga sedia maklum yang saya ni jenis yang pelupa. Tambahan lagi, adat memesan pada orang, nasib la kalo orang tu lupa nak beli. sebelum ini pun, pernah juga pesanan saya tidak dibeli, tapi saya masih lagi mampu tersenyum, walaupun kecewa, tapi kenapa mereka bersikap seballiknya pada saya?
Seketika saya berfikir, kenapa kata-kata mereka mengguris hati saya pada hari ini? Mungkin sebelum ini saya juga pernah mengguris hati insan lain tanpa saya sedari dan Allah datangkan mereka untuk memberi rasa yang sama kepada saya, supaya saya sedar akan kesilapan saya. Tiba-tiba saya teringat pada sepotong ayat, saya lupa dmana saya membacanya, lebih kurang camni la.."kamu sememangnya layak untuk disakiti, kerana kamu hanya seorang insan biasa yang penuh dengan kekurangan"...Ya saya akui, saya layak untuk merasai apa yang saya rasa pada saat ini.
Bertitik tolak dari situ, saya mula terfikir, alangkah pentingnya menjaga lidah anugerah Allah yang satu ini, spertimana sabda Nabi, seseorang manusia itu, akan masuk kesyurga apabila dia menjaga kedua-dua lubang, iaitu, mulut dan kemaluannya. Ini juga merupakan peringatan untuk diri saya sendiri, supaya lebih menjaga lidah yang tidak bertulang tetapi mampu membunuh insan lain, sekalgus menghancurkan persaudaraan.
Alang-alang tu nak share sikit satu citer, xda kaitan pn dgn lidah, tp insyaallah, dapat membantu kita semua dalam memuhasabah diri kita.
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya telah memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang- lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.”
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati mu....

No comments:
Post a Comment